Thursday, June 26, 2014

orang asing+kahwin=apa kata korg???



sejak aku keje ni aku mula terpikir mcm mana perempuan malaysia boleh kahwin dengan lelaki pakistan.. salah satu jawapan aku ialah JODOH. tp bila di fikirkan balik kadang2 boleh muncul perkataan  MUSTAHIL.. betul x apa yg aku cuba nk katakan nie...
ok mulanya cerita dia mcm nie tau.. aku keje kat kedai kain aku ingat tokeynye perempuan melayu tp bile first day aku dtg keje aku tgk tokeynye org lelaki pakistan.. aku pon tnye lah kat kakak yg dh lame keje situ kan. rupa2nya lelaki tu suami perempuan tu.. ohhhh baru lah aku tahuuuu

nk dijadikan cerita tmpt keje aku nie nk bukak lg satu kadai yg sama kat kawasan yg sama cuma selang beberapa buah jeee~ so en.P (tokey lelaki) ni upahlah org bangsa(pakistan) dia jugak utuk jd tukang interior designer kedai br dia lah. aku gelar dia en.W~ cukup lah tu kang aku letak nama penuh mati aku kot2 dia terbaca ke susah gak aku nanti..

ok ok berbalik kepada cerita kita td kan.. en.W nk minat lah kat sorg kwn aku yg keje sekali dgn aku nama dia siti and pernah ajak si siti ni kahwin dgn dia.. pastu pulak yg si siti ni aku 6pak mcm suke je kat en.W ni tp siti kata dia suka je kwan dgn en.W atas sbb2 tertentu~ nk di jdkan cerita pagi td bos aku en.P ckp kat aku yg en.W ni dh kahwin and dh ada anak pon tp kat pakistan lahhh.. mcm pelik kat dh ada bini tp msh nk mengatal. mula tu aku serba salah gak sbb aku bg tau kat siti apa yg bos aku ckp pastu mlm td sblm tutup kedai aku kne sekolah dgn bos aku psl aku bg tau en.W punye hal..

Bos aku kata dia paling pelik dgn malaysia sbb kenapa yg kedua(isteri) dia anggap sbg pemusnah and so on~ nilah yg aku cuba nk tekan kan.. kenapa lelaki bila nk kahwin dua or tiga or empat diorg akn mula keluarkan segala hadis lah bagai... yee aku akui xsalah kalau lelaki nk kahwin bnyk aku xbntah tp biarlah iku cr yg betul, cuba bygkan kalau siti ni kawin dgn en.W then isteri en.W yg kat pakistan tu xtau apa2.. boleh jd kemungkinan siti akn terima nasib yg sama.. malaysia xsama mcm pakistan.

ok lah kalau betul en.W ni nk buat siti jd isteri dia habis yg isteri en.W yg kat pakistan tu tahu ke hal nie. tah2 isteri dia xtau apa2. ni bkannya zaman dulu mcm saudagar kawin then tinggal~ apa perempuan ni xde perasaan ke~ tolong lah jgn buat perempuan mcm ni.. perempuan bukn tmpt untuk lepaskan nafsu je. bila perlu mula panggil2 bila xperlu buang mcm smpah. 

korg (lelaki) kata dlm hidup korg, korg perlukan perempuan utuk bg semangat dan sokongan then korg kne lah hargai pemberi semangat. dia (perempuan) sanggup buat apa sahaja untuk korg bahkan memberi harta yg paling bernilai yg ada pd diri diorg kpd korg walaupun halal tp korg fikir semua tu setimpal dgn apa yg dia (perempuan) telah buat pd korg. kenapa bila dh hilang br korg nk cr? kenapa x dr mula korg cuba untuk buat yg terbaik? kenapa korg br nk rasa menyesal setelah apa yg dh korg lakukan?

kalau semua bnde boleh diselesaikan dgn kata2 MAAF xkn wujud undang2 dia negara nie, xkn wujud polis dan yg seangkatan dgn nye~ 

p/s: aku bgtau sbb aku xnk kwn2 aku diapa2kan, aku kisah psl kwn2 aku semua, aku ckp sbb aku nk kwn2 aku be careful sebelum bertindak~